"Orang yang
bersifat ikhlas itu ialah orang yang riang gembira, selalu menghargai barang
yang ada dan tidak menyesali barang yang tiada." (Abul Islami)
Firman Allah juga di dalam Surah al-Nahl ayat 97: "...Maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik..." (An-Nahl: 97)
Ingatlah, ketika Rasul berbicara, itulah mutiara hidup sebenarnya ; “Sesiapa yang mencari redha ALLAH dengan kemurkaan manusia, maka ALLAH cukupkan dia daripada memerlukan bantuan manusia. Sesiapa yang mencari redha manusia dengan kemurkaan ALLAH, maka ALLAH serahkan dia kepada manusia.”. Hadith Riwayat : At-Tarmidzi
Friday 22 June 2012
Wednesday 23 May 2012
SIFAT MAHMUDAH VS SIFAT MAZMUMAH
MAHMUDAH
|
MAZMUMAH
|
PEMAAF
|
PENDENDAM
|
Allah berfiman yang bermaksud :
“ Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah
orang mengerjakan yang makruf, serta perpalinglah daripada orang yang bodoh.”
(Surah al-A’raf 7:199)
Lihatlah teladan pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) yang
amat masyhur dalam sirah. Rasulullah S.A.W. dengan ringan hati memaafkan
penduduk Makkah yang pernah menentang Baginda dengan begitu hebat.
Allah juga berfirman yng bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik
daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Surah Al-Baqarah 2:263)
Ingin jadi mulia? Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak akan berkurang sedekah akan
harta, tidak akan bertambah atas seorang hamba dengan sebab memberi kemaafan
melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah
melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”
(Riwayat Muslim no. 2588)
Memohon maaf tidak sepatutnya bermusim, malah ia perlu
menjadi tradisi harian seorang Muslim.
Taburkan maafmu pada setiap malam saat sebelum mata
terlelap buat siapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maaf daripada
mu.
|
Dendam biasanya berpunca daripada kemarahan
dan kekecewaan. Dendam lazimnya berkait dengan masa silam
yang menyebabkan manusia tega mencipta kebinasaan buat saudaranya atau
menghalang saudaranya daripada beroleh kebaikan. Inilah perasaan atau
keinginan untuk membalas perbuatan jahat seseorang.
Bunuhlah dendam yang bersarang dalam jiwa dengan
langkah-langkah berikut :
1. Sucikan hati dengan solat taubat dan istighfar.
2. Maafkan semua orang sebelum tidur
3. Lupakan segala duka atau kisah silam
yang menyebabkan dendam marak.
4. Bersahabat dengan orang soleh.
Elakkan bersahabat dengan batu api yang tidak pernah kenal putus asa
menyemarakkan sengketa sesama insan.
5. Setiap manusia tidak terlepas dari
berbuat silap.
6. Percaylah jika kita dianiaya dan
tidask mendapat pembelaan di dunia, maka haraplah pembalasan Allah di akhirat
sana yang lebih adil tanpa perlu berdendam kepada sesiapa.
Akhir kata, ingatlah bahawa memaafkan ialah dendam yang
terindah. Dan jadilah ibarat pohon epal yang tetap menjatuhkan buahnya yang
manis walaupn dilemparkan batu.
|
Petikan dari majalah SOLUSI ISU#26 |
Subscribe to:
Posts (Atom)