Ingatlah, ketika Rasul berbicara, itulah mutiara hidup sebenarnya ; “Sesiapa yang mencari redha ALLAH dengan kemurkaan manusia, maka ALLAH cukupkan dia daripada memerlukan bantuan manusia. Sesiapa yang mencari redha manusia dengan kemurkaan ALLAH, maka ALLAH serahkan dia kepada manusia.”. Hadith Riwayat : At-Tarmidzi

Friday 15 April 2011

7 Tipu Daya Syaitan


* Pertama: Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: "Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal."

* Kedua: Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : "Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi." Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: "Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan."

* Ketiga: Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: "Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain." Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: "Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna."

* Keempat: Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: "Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah Ta'ala dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)."

* Kelima: Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: "Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu." Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: "Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula."

* Keenam: Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: "Bersungguh- sungguhl ah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas." Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: "Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia."

* Ketujuh: Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: "Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka." Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: "Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar."

Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti!!

Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan:

"Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga."

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah Ta'ala agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufik dan keredhaan.

"Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung."

Oleh Imam Ghazali (Minhajul Abidin)

Tuesday 5 April 2011

Satu kisah tentang budak perempuan.

Aku nak share satu kisah. Last 2 days, aku singgah kat Seksyen 2, Shah Alam. Tujuannya nak ambil salinan buku yang aku hantar fotokopi. Biasalah kalau dah nama area Seksyen 2 tu, susah betul nak cari parking. So, aku dengan anak-anak stay je dalam kereta sementara husband aku yang kuar g amik salinan buku yang telah difotokopikan tu.

Lebih kurang dalam 10 – 15 minit, husband aku balik dengan salinan buku-buku yang telah difotokopi tu. Dia terus bukak bonet dan letakkan buku-buku tu kat dalam bonet kereta. Selepas masukkan buku-buku tu, dia bergegas ke tempat driver. Mungkin hajat dihatinya nak cepat-cepat cabut dari kawasan yang sesak tu.

Dalam pada husaband aku melabuhkan duduknya kat dalam kereta sambil nak tutup pintu kereta, tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak perempuan melayu pegang pintu kereta sebelum sempat husband aku tutup. Katanya “ nak duit seringgit”. Kami semua terkejut. Husband aku terus menyoal “ Eh, adik dari mana”. Jawabnya budak tu “ Dari rumah”. Pastu husband aku tanya lagi “adik ni nak kemana”. Kanak-kanak tu tergamam tak tahu nak jawap apa, yang kedengaran hanyalah “ emmmmm…..” dan terus beredar dari kereta kami. Aku dan my husband tercengang-cengang.

Mulalah timbul syak wasangka kami. Agaknya inilah kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang kat akhbar-akhbar, television dan ada yang terpampang kat notis-notis di mana-mana saja. Sebabnya timbul syak wasangka kami macam tu ialah kerana cara kanak-kanak tu mintak duit macam disuruh-suruh dan diajar-ajar. Dan cara dia melarikan diri pun macam ada yang monitor.
Budaknya cantik, bersih, kemas berpakaian t-shirt dan seluar paras lutut. Cuma rambutnya dipotong tidak sama rata, panjang pendek… pendek panjang. Anggaran aku la mungkin umurnya dalam lingkungan 8 – 9 tahun. Besar sikit dari anak perempuan tengah aku tu. Yang buat aku sangat terharu dengan keaadaan budak tu, budaknya tu nampak macam tak tau apa yang dia buat. Tak ingat mana mak bapak dia dan tak tau mana rumah dia. Nampak macam kosong aje fikiran dia. Kalau berkesempatan , nak jugak investigate panjang lebor tapi pantas betul dia beredar. Tak pulak terlintas di fikiran aku nak snap gambo dia.

Selepas itu kami pun mulalah bukak cerita pasal bebudak yang hilang ni. Agaknya inilah cara penculik tu buat, potong rambut pelik2 …, bagi makan ubat hilang ingatan (agaknya la) pastu suruh bebudak tu mintak duit ngn org dari satu tempat ke satu tempat.
Tapi masalahnya culture orang kita ni (Malaysia) seolah-olah macam tak ambil peduli dengan situasi macam tu. Tengoklah…aku rasa sebelum sampai kat kereta kami, mungkin dah banyak kereta dia pergi atau mungkin tak berkesempatan aje sebab terlalu pantas kejadian tu. Lebih kurang 30 saat je.

Then aku cakap kat husband aku, mungkin jugak budak tu ada sedikit “kurang’ (mental problem),keluar rumah tanpa disedari ibubapa dan merayau2 tak tentu hala mintak duit. Ada jugak kemungkinan. Tapi husband aku sangkal…dia kata ini kes-kes budak-budak yang hilang ni. Dan mulalah dia bukak ceramah pasal jaga anak ni. Hai…tahan je lah telinga, memanglah betul apa yang dia cakapkan tapi mana ada ibubapa yang nak anaknya hilang.

Entahlah yang pastinya, yang mana ada anak-anak tu….janganlah terlepas pandang. Janganlah cuai dan jangan sesekali biarkan anak-anak kita tanpa pengawasan. Aku tak dapat bayangkan ibu-ibu yang kehilangan anak-anak yang berusia lingkungan umur sebegitu, yang belum tau mencari kehidupan sendiri.

Friday 1 April 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.
Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.